SEJARAH SEKOLAH

1920 – Bangunan didirikan di atas tanah secara bergotong-royong yang diperbuat daripada kayu bidal dan beratap serta berdindingkan nipah di Kampung Batu 8, Mukim Telok Bharu, Telok Anson, Perak yang diberi namaSekolah Melayu Sungai Buloh.

1929 – Bangunan sekolah diperbaiki semula dengan beratapkan nipah   berdindingkan tepas secara bergotong-royong

1939-1949 – Kerajaan mendirikan sebuah sekolah baru yang berukuran 60 kaki X 40 kaki bertiangkan batu, berdinding papan dan beratapkan asbestos. Luas tapak sekolah lebih kurang 2 ekar. Semasa pembinaan bangunan tersebut murid-murid bersekolah di KUCI (kaki lima rumah pekerja estet).

Memandangkan perkembangan murid semakin pesat, sekolah telah disekat dengan skrin papan. Bangunan utama hanya dapat menampung 4 buah bilik darjah dan pejabat. Untuk menampung kekurangan bilik darjah, 2 buah rumah guru dijadikan kelas. Memandangkan kepentingan pelajaran semakin mencabar dan  bangunan sekolah tiada mencukupi untuk menampung murid maka Kementerian Pelajaran telah bersetuju membina sebuah bangunan baru mengikut surat Bil.(22) dalam J.Pel.Pk(AM)271/4 bertarikh 22.3.82 bertempat di Kampung Sungai, Ipil Batu 9, Teluk Intan, Perak.

11.1.1989 – Satu mesyuarat tapak projek bangunan sekolah baru diadakan di Bilik Mesyuarat Tingkat 5, Ibu pejabat JKR Ipoh. 7.2.1990 – Bangunan sekolah baru telah siap dan penyerahan bangunan telah siap dan penyerahan bangunan kepada Jabatan Pelajaran Perak diwakili oleh Tuan Haji Abdullah bin Tawaf – Tuan (Penyelia Daerah Bangunan dan Bekalan).

5.3.1990 – Selepas cuti semester pertama (pertengahan) murid dan guru berpindah ke bangunan sekolah baru. Bangunan ini mengandungi kemudahan berikut :

2 buah bangunan 2 tingkat            

1 buah bilik RTV/Tayangan/Rakaman

1 buah kantin                                    

1 buah bilik Pusat Sumber Sekolah

1 buah bilik Guru Besar                  

2 buah bilik kecil serbaguna

1 buah pejabat                                

1 buah bilik stor alatan kebun

3 buah bilik Guru Kanan                

1 buah bilik suis elektrik

1 buah bilik guru                            

8 buah bilik darjah

1 buah bilik ibadah                          

1 buah padang bola

2 buah bilik air sembahyang          

1 buah padang/tempat perhimpunan

4 buah tandas

Kedudukan sekolah adalah berhampiran dengan jalanraya dan dibekalkan kemudahan bekalan elektrik dan air.

Walaupun guru dan murid telah berpindah ke bangunan baru tetapi bangunan lama masih dijaga oleh PIBG dan telah mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sebanyak 2 kali.

Jawatankuasa Pengakap Daerah mengambilalih pentadbiran bangunan sekolah lama termasuk kawasan sekali untuk dijadikan Pusat Giat Aktiviti-aktiviti Pengakap Daerah Hilir Perak.

Dengan bantuan PLB bangunan sekolah telah mendapat kemudahan berikut :

Bekalan elektrik di bangunan sekolah dan rumah guru
Bekalan air dimasukkan semula
Membuat parit di sekeliling kawasan sekolah


Kemudahan yang akan dapat daripada PLB :

Menambak tanah di kawasan sekolah lama
Mini tar jalan ke kawasan sekolah
Gelanggang serbaguna
Kelas prasekolah telah dimulakan pada 6.1.1992 di sekolah ini dengan murid seramai 25 orang, seorang guru dan dibantu oleh seorang pengasuh kanak-kanak sambilan. Bangunan tambahan prasekolah telah dibina di hujung bangunan sekolah dengan perbelanjaan RM 15 000.00 yang mengandungi 2 buah tandas (untuk lelaki dan perempuan), 1 buah bilik makan dan dapur serta pengubahsuaian kelas khas untuk prasekolah.

Sebuah bangunan 1 tingkat telah dibina sebagai tambahan kepada bangunanyang asal. Bangunan yang mengandungi 10 buah bilik darjah.

Pada akhir tahun 1999, sebuah lagi bangunan 4 tingkat telah siap dibina dan diguna pakai sepenuhnya pada awal tahun 2000. Bangunan ini dapat memuatkan sebanyak 14 buah bilik darjah dan 2 buah bilik guru. Bilik-bilik selebihnya digunakan untuk bilik persatuan (kegiatan kokurikulum), bilik cetakan, bilik persalinan dan sebagainya.

Pada awal tahun 2002, bangunan tambahan untuk dijadikan Makmal Komputer telah digunapakai sepenuhnya. Makmal ini mengandungi 3 buah bilik, 20 buah komputer, 1 pencetak, 1 projektor dan skrin projektor.

Pada tahun 2010, sebuah bangunan pejabat guru dibawah projek NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia telah dibina dan pada awal persekolahan tahun  2013, bangunan ini telah beroperasi sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment