Tuesday 17 March 2015

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1 TAHUN 2015

Sekolah akan mula bercuti mulai 14 Mac 2015 (Sabtu) hingga 22 Mac 2015 (Ahad). Sekolah akan dibuka semula pada 23 Mac 2015 (Isnin). Kelas tambahan untuk murid Tahun 6 berjalan seperti jadual  telah diedarkan iaitu bermula 16 Mac 2015 (Isnin) hingga 18 Mac 2015 (Rabu) mulai jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi. Selamat Bercuti kepada semua guru dan murid. Berhati-hati di jalanraya. 

Sunday 15 March 2015

AL-FATIHAH...



Ucapan tahziah di atas pemergian Pn. Ainon Jariah pada 13 Mac 2015 (Jumaat) jam 11.15 pagi. Tahziah diucapkan kepada keluarga Allahyarhamah Pn. Ainon Jariah. Semoga rohnya dirahmati. Al-Fatihah...

Monday 9 March 2015

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI-14 2015 DAN PEMBERIAN BANTUAN KWAPM 2015

Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kali Ke-14 2015 SK Sungai Buloh berlangsung pada 9 Mac 2015 (Isnin) bertempat di Dewan Seri Buloh jam 2.30 petang. Perasmi mesyuarat tersebut adalah Tn. Hj. Khairuddin bin Hj. Tarmizi.

Sunday 8 March 2015

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN KELOMPOK 5 DAN 6 (ZON 4) TAHUN 2015

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon 4 (Kelompok 5 dan 6) Tahun 2015 telah berlangsung pada 4 Mac 2015 (Rabu) di SK Sungai Buloh Hutan Melintang.













Sunday 1 March 2015

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN OLAHRAGA DAN BALAPAN PERINGKAT KELOMPOK 2015

Kejohanan Olahraga dan Balapan Peringkat Kelompok 5 telah berlangsung pada 26 Februari 2015 (Khamis) di Stadium Sabak Bernam Selangor. Seramai 26 orang murid telah menyertainya. Sebanyak 2 pingat emasyang telah dimenangi dalam acara lompat tinggi  L11 dan 80m lari berpagar L11 manakala 3 pingat perak yang dimenangi pula dalam acara lontar peluru P12, 200m L11 dan 4X200m L12. Tahniah kepada murid yang berjaya....Terima kasih kepada semua murid yang terlibat, guru-guru dan semua warga sekolah yang memberi sokongan....

















MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS 2015

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas 2015 telah berlangsung di Dataran Kejat, SK Sungai Buloh. Penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK Sungai Buoh, En. Ishak bin Nordin semasa perhimpunan rasmi pada 2 Mac 2015 (Isnin).



Ucapan Guru Besar SK Sungai Buloh
En. Ishak bin Nordin



Guru Pengawas : Pn. Faridatol Akma


Guru Pengawas Pusat Sumber Sekolah : Pn. Hjh. Rahimah bt. Hamidun





Ketua Pengawas Sekolah : Adik Muhammad Ulwan Hakim b. Md Aidil