Sekolah akan mula bercuti mulai 14 Mac 2015 (Sabtu) hingga 22 Mac 2015 (Ahad). Sekolah akan dibuka semula pada 23 Mac 2015 (Isnin). Kelas tambahan untuk murid Tahun 6 berjalan seperti jadual telah diedarkan iaitu bermula 16 Mac 2015 (Isnin) hingga 18 Mac 2015 (Rabu) mulai jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi. Selamat Bercuti kepada semua guru dan murid. Berhati-hati di jalanraya.
Batu 9, Jalan Hutan Melintang, 36400, Hutan Melintang, Perak Darul Ridzuan No. Telefon : 05-6416252 No. Faks : 05-6412876 Email : abab004@moe.edu.my Blog Sekolah : sksgbuloh.blogspot.com
Tuesday, 17 March 2015
Sunday, 15 March 2015
AL-FATIHAH...
Ucapan tahziah di atas pemergian Pn. Ainon Jariah pada 13 Mac 2015 (Jumaat) jam 11.15 pagi. Tahziah diucapkan kepada keluarga Allahyarhamah Pn. Ainon Jariah. Semoga rohnya dirahmati. Al-Fatihah...
Monday, 9 March 2015
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI-14 2015 DAN PEMBERIAN BANTUAN KWAPM 2015
Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kali Ke-14 2015 SK Sungai Buloh berlangsung pada 9 Mac 2015 (Isnin) bertempat di Dewan Seri Buloh jam 2.30 petang. Perasmi mesyuarat tersebut adalah Tn. Hj. Khairuddin bin Hj. Tarmizi.
Sunday, 8 March 2015
MAJLIS TILAWAH AL-QURAN KELOMPOK 5 DAN 6 (ZON 4) TAHUN 2015
Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon 4 (Kelompok 5 dan 6) Tahun 2015 telah berlangsung pada 4 Mac 2015 (Rabu) di SK Sungai Buloh Hutan Melintang.
Sunday, 1 March 2015
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN OLAHRAGA DAN BALAPAN PERINGKAT KELOMPOK 2015
Kejohanan Olahraga dan Balapan Peringkat Kelompok 5 telah berlangsung pada 26 Februari 2015 (Khamis) di Stadium Sabak Bernam Selangor. Seramai 26 orang murid telah menyertainya. Sebanyak 2 pingat emasyang telah dimenangi dalam acara lompat tinggi L11 dan 80m lari berpagar L11 manakala 3 pingat perak yang dimenangi pula dalam acara lontar peluru P12, 200m L11 dan 4X200m L12. Tahniah kepada murid yang berjaya....Terima kasih kepada semua murid yang terlibat, guru-guru dan semua warga sekolah yang memberi sokongan....
MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS 2015
Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas 2015 telah berlangsung di Dataran Kejat, SK Sungai Buloh. Penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK Sungai Buoh, En. Ishak bin Nordin semasa perhimpunan rasmi pada 2 Mac 2015 (Isnin).
Ucapan Guru Besar SK Sungai Buloh
En. Ishak bin Nordin
Guru Pengawas : Pn. Faridatol Akma
Guru Pengawas Pusat Sumber Sekolah : Pn. Hjh. Rahimah bt. Hamidun
Ketua Pengawas Sekolah : Adik Muhammad Ulwan Hakim b. Md Aidil
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
1920 – 1929 : EN. ABD.SHUKUR BIN HUSSEIN 1929 – 1930 : EN. SULAIMAN BIN AHMAD 1931 – 1938 : EN. BAHARUDDIN 1939 – 1949 : EN. BADU 1...
-
SEJARAH SEKOLAH 1920 : Mula dibina dengan nama Sekolah Melayu Sg. Buloh 1929 : Bangunan sekolah diperbaiki 1939...